Tahun 1428H/2007M

PETIKAN TITAH 

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu`izzadin Waddaulah ibni Al-Marhum  Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa`adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang di Pertuan Negara Brunei Darussalam :

  • Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1428 Hijriah / 2007 Masihi pada 1 Syawal 1428 bersamaan 12 Oktober 2007 :
    • ORANG kaya yang bersyukur adalah orang yang berbahagia. Tanda dan cara bersyukur itu ialah dengan menggunakan hartanya di-jalan-jalan kebajikan, antara lain yang paling dituntut ialah dengan mengeluarkan zakat.
  • Titah Hari Keputeraan Baginda  ke-61 Tahun  pada 30 Jamadilakhir 1428 bersamaan 15 Julai 2007 :
    • CONTOH  pemberian perkhidmatan yang telus dan di-tunggu-tunggu ialah bilamana kita.mampu meringankan bebenan orang ramai saperti mengurangkan waktu menunggu yang lama, mempercepatkan proses membuat keputusan serta memberi laluan mudah untuk berinteraksi dengan kerajaan.