Tahun 1427H/2006M

PETIKAN TITAH 

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu`izzadin Waddaulah ibni Al-Marhum  Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa`adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang di Pertuan Negara Brunei Darussalam :

  • Sempena Menyambut Perayaan Ulang Tahun ke-22 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 24 Muharram 1427 / 23 Februari 2006:
    • MARILAH kita berdoa semoga Allah Subhanahu Wata`ala terus memelihara kita dengan taufik dan hidayat-Nya dengan mengurniakan keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan  kepada negara.


  • Sempena Hari Guru ke-16 Tahun 2006  pada 28 Sya`ban 1427 / 21 September 2006:
    • PENDIDIKAN tidak ada noktahnya.Ia menuntut supaya terus dipertingkat. Ia adalah aset yang hidup untuk perubahan. Jika ia tidak meningkat, bermakna perubahan tidak akan sahebat yang diharapkan.