Friday, October 8, 2010

Petikan Titah

PETIKAN TITAH 

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu`izzadin Waddaulah ibni Al-Marhum  Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa`adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang di Pertuan Negara Brunei Darussalam :

  • Sempena Majlis Sambutan  Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1429 Hijriah / 2008 Masihi di Pusat Persidangan Antarabangsa , Berakas  pada 17 Ramadan 1429 / 17 September 2008 :
    • AL-QURAN dan As-Sunnah adalah perlembagaan yang dicetuskan oleh minda manusia, mungkin sahaja tidak lebih dari setitik air di lautan..  

  • Di Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 27 safar 1430 / 23 Februari 2009 :
    • BERASASKAN kedewasaan yang telah kita capai, adalah penting untuk kita mempunyai azam dan persediaan bagi melakukan pembaharuan dan perubahan-perubahan jitu didalam pendekatan mahupun tindakan. 

  • Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1428 Hijriah / 2007 Masihi pada 1 Syawal 1428 bersamaan 12 Oktober 2007 :
    • ORANG kaya yang bersyukur adalah orang yang berbahagia. Tanda dan cara bersyukur itu ialah dengan menggunakan hartanya di-jalan-jalan kebajikan, antara lain yang paling dituntut ialah dengan mengeluarkan zakat.

  • Sempena Hari Keputeraan  Baginda ke-58 tahun pada 27  Jamadilawal 1425/15 Julai 2004 :
    • SELAMA dua puluh tahun, negara telah mengalami  pembangunan yang pesat  dalam bentuk penyediaan kemudahan-kemudahan , infrastruktur perkhidmatan awam dan peluang-peluang  pembangunan yang baru untuk semua lapisan masyarakat.

  • Sempena Majlis Sambutan  Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1431H/2010M pada Hari Jumaat (Malam Sabtu) 17 Ramadan 1431 bersamaan 27 Ogos 2010 diPusat Persidangan Antarabangsa Berakas, Negara Brunei Darussalam:
    • BETA berharap,  supaya Brunei terus meningkat dan janganlah sekali-kali kita berhenti dari memperkaya diri dengan ilmu-ilmu Al-Quran. Bukan hanya untuk tujuan pertandingan semata-mata, tetapi lebih penting lagi, pembelajaran di sekolah dan pusat pengajian mesti terus dikuatkan.

  • Sempena Menyambut Perayaan Ulang Tahun ke-22 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 24 Muharram 1427 / 23 Februari 2006:
    • MARILAH kita berdoa semoga Allah Subhanahu Wata`ala terus memelihara kita dengan taufik dan hidayat-Nya dengan mengurniakan keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan  kepada negara.



    • Sempena Hari Guru ke-16 Tahun 2006  pada 28 Sya`ban 1427 / 21 September 2006:
      • PENDIDIKAN tidak ada noktahnya.Ia menuntut supaya terus dipertingkat. Ia adalah aset yang hidup untuk perubahan. Jika ia tidak meningkat, bermakna perubahan tidak akan sahebat yang diharapkan.
     

    • Titah Hari Keputeraan Baginda  ke-61 Tahun  pada 30 Jamadilakhir 1428 bersamaan 15 Julai 2007 :
      • CONTOH  pemberian perkhidmatan yang telus dan di-tunggu-tunggu ialah bilamana kita.mampu meringankan bebenan orang ramai saperti mengurangkan waktu menunggu yang lama, mempercepatkan proses membuat keputusan serta memberi laluan mudah untuk berinteraksi dengan kerajaan.
    •  

    No comments:

    Post a Comment